November 24, 2014



Dear you,
Who are really special, trully special in my heart. 
You're also known heartbeat.
You.
How long we fight. How long we not seeing each other. How long we not wish saranghae before sleep. How long we not sweet talk ever. Even how long we are not laughing together. 
You.
You are still. Still.
You.
I miss. I want. I still want you.
Whatever that might be happen. 
I still want you. 

U stole my heart since the first time we met. Remember?
And that feeling not changed until now. 
You ?
I hope your feels same goes like me.
I hope.
Our story will not be end like this. No! 
I still want you.
I still need you for the rest of my life.
May our relationship will bless.
Our jodoh still have.

You.
Whenever you are.
I still thinking about you.

You. 
Whatever you do.
I always pray for you.

You.

You.

I still love you.






*Hoping 3 years and still counting...

June 30, 2014

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Fuhhh berhabuk belog wa. Biasa la makin naik usia ni makin malas nak menulis apatah lagi nak menaip yang just taip taip je ni isk. Bayangkan jela tulisan aku cemana kalau dah malas nak menulis tahap gaban. Aku sendiri pun tak paham. Haha. Oh yaaa, email aku satu ni pun da lama giler berkepuk hahaha sungguh tak dan nak bukak satu lagi lupa password! Kikiki. Baru la minggu ni nak naik kolej da ni baru aku terasa teringat terpikiaq nak bukak email yang zaman sekolah aku buat dulu choiii . Cek menge-cek rajin pulak aku scroll down sampai nak habis terperasan ada email email yang aku tak pernah baca. Soooooo sorry :( Dari tahun bertahun dan tahun lepas punya sampai ke tahun ni pun ada last email i got bulan May. Ya Allah minta maaf minta ampun sesangat sesangat. Huish tak sangka ada pembaca setia hahaha malunyaaa . Terima kasih . Terima kasih sesangat sudi baca blog i yang tak seberapa nak best ni ahak. Terima kasih sekali lagi. Syukran. 

InshaAllah kalau ada kelapangan aku akan update entry2 terbaru . Jangan risau. 

One of the email aku dapat ada yang bertanya kenapa aku off tweet tweet? Hahahaha bukan best pun aku taip aku tweet banyak merapu yelah banyak banyak banyak merapu! Actually aku sengaja off twitter haha sebab sebab aku nak belajar aku nak mendidik diri aku kurangkan bersosial dengan laman sosial. Dengan twitter ni macam macam benda kalau boleh semua nak tulis kat situ. Belum mandi dah mandi dah makan lapar giler malas nak itu ini pastu merapu meraban hahahaha aku lettuwwww :3. Sebab tu bila aku fikir balik takkan semua benda nak cerita kat satu dunia ye dok. Aku bukannya femos amos pung eleh.  Satu lagi, aku still bersosial dengan instagram facebook and this blog. Haaaaa! Aku bukanlah seorang yang cepat tinggalkan semua benda yang aku dah biasa buat dalam satu masa. No no aku bukan orang sebegitu. Aku ini hati degil orangnya keras macam batu kau tahu. -- Aku juga manusia . Manusia yang banyak sangat cacat cela banyak sangat kekurangan disisi-Nya dan disisi manusia. 

Okay untuk ruangan kali ni adalah untuk readers-2 tersayang yang sudi membuka membaca belog kita ni hehehe terima kasih sekali lagi awak semua yang mengenali aku secara langsung dan tidak langsung. Semoga Allah merahmati kalian semua. TERIMA KASIH ANDA YANG TERSAYANG . ILOVEYOU READERS :) 





Yang rasa dihargai,
HazwanieZul

January 6, 2014

Happy New Year, 2014


                          Assalamualaikum w.b.t wahai pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Eceh hehe . Long time no see you ah kan kan.  Sory sory. ;D  . Fyi, jadual aku last year very very pack. Huhu. Tak sempat nak hupdate belog yang dah berhabuk nie isk isk. 

In year 2013, aku tak banyak sangat kenangan yang indah dan indah . Ehehe sikit sikit ada tu pun jadilah iye dok hm. Sweet memories tu hm bersama dengan yang tersayang yang disayang yang menyayang ada lee jugak ihiks. Macam tak percaya this year 2014 umur dah meningkat . Terasa 20-an kau. Hahaha poyossss.
Bila teringat dolu dolu punya cerita aku rasa macam "eeee aku ke tu dulu?" Muahahaha taksedar diri betul -.- . Tengok balik gambar time sekolah menengah Ya Allah gemukksss gempal berketul sedikit :p Kihkih. Itulah namanya terlebih kasih sayang kan.


Form 5

See see see! *Throwback* time nie form 5 tak silap aku. Gambar dua nie ori meh no filter no 360cam tau. Haa gemuk kan tang pipi tu haih haih plus jerawat berbatu berbillion. Serious talk zaman sekolah zaman paling buat aku banyak kali sentap sebab jerawat! Hahahaha asal settle satu, tumbuh yang baru . Kalau tumbuh satu jee takpe, nie berdua tiga pulak tu. Sampai sekarang pun even dah berkurang still ada jugak hm hm tak kasihankan aku betul rakyat2 pimple nie chett .

Then, after Spm habis try cari duit. Aeon jelaa paling dekat pun. As a promoter, like usual kalau tak kena marah dengan customer tak sah . 

2012, sesi Julai-Dis aku dapat sambung study dekat Johor. Btw, aku dah cerita okay pasal aku kat johor dalam entry-entry yang lepas. And yeahhhh, I'm totally different especially dari segi fizikal. Haha aku pun macam tak percaya pinggang aku yang dulu gedabak and now dah tinggal tulang muahahahaha . Nampak sangat kat kolej aku berjimat giler nak makan. 

Yang paling terkejut yang amat mestilah my backbone, Ibu. Macam tak percaya anak dia nie dah kurusssss kihkih. Aku takda pun ambil tips ke apa cemana boleh kurusss tetiba. Nak kata diet pun noooooo aku still makan okay cumanya jadual makan aku dah tak tetap macam kat rumah dulu. Kekadang makan tak ikut time. Aku pulak jenis kalau makan makanan selain masakan ibu aku , aku prefer makan nasi + sayur je tau. Memilih betul! Tu pasal la jadi kerempeng hehe :B 


Acah acah angin sepoi-sepoi bahasa ~ 2012


Back to 2013, tahun yang agak banyak kesedihan jugak haha. Alhamdulillah semuanya dapat diharungi dengan sabar dan tabah. Kuat tu penting uolls. Even aku down masa sem 2 and sem 3 too. Kalau aku tak kuat dah lama terjun dari tingkat 3 :b . 

Acah selfie. Final 2013 :)


Study makin naik sem makin agak berat sampai senget sebelah dah bahu aku nie. Tu yang pasal asyik nak down jee . Kehkeh. Kata ibu , " Allah uji kita dengan macam2 dugaan sebab Allah sayang. " So janganlah mengeluh kan. Terima semuanya dengan redha. 

I was thinking ,bila masa kita senang ramai je yang datang mendekat menyendeng dengan kita. But, bila kita jatuh terduduk terbaring siapa je yang datang kat kita ? Mana yang rapat rapat tu? I know ini mungkin dugaan yang dah ditakdirkan untuk aku . Aku terima even sakit. Tipulaa kalau kata tak sedih sangat kan. Just reminder to me and uolls too, trust yourself. Be a good person. Tak semua orang suka kita suka dengan cara kita. Dan tak semua orang jugak yang ikhlas nak berkawan or rapat dengan kita. Duniawi. Semua orang boleh berubah dalam sekelip mata walau selama mana kita kenal baik dengan mereka sekalipun. Aku tak salahkan mereka yang sebegini, mungkin aku jugak tergolong dalam orang sebegini tanpa sedar. Mungkin aku jugak diantara mereka ini. Time to muhasabah diri. Scan salah diri sendiri. No need to cari salah orang lain kot. Aku tahu sometimes kita tak lari dari kesilapan itu. Kita tak sedar. Just silence and be cool. Aku ada cara aku sendiri and kau pun sebaliknya juga. Wallahua'alam.

So, 2013 thanks be nice with me. I'll miss all the memories . :) Lupakan kesakitan, bangkitkan semangat baru. Bak kata melodi, " Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi." . Selamat beramal yeahhhhh :)))

- THROWBACK -








Old picture. Form 3 masa nie :) I miss them much.














August 22, 2013

1 year. 
RafiqSuhanan . HazwanieZulkurnain

Assalamualaikum and Holla ! :) Okay agak lama jugak tak sentuh blog nie dan agak malas nak update entry baru semenjak dua menjak dah naik sem nie. Eheee busy loooo. Alololo -.- 

Now for my new entry nie just nak update about him. Yes him. Ehemmm ~ Before this aku tak banyak update sangat pasal dia dan rasanya takde kot. Eheheheee . Maafleee kawan. Ambil masa tau menunggu until 1 year baru start nak story about him. Baru laa nampak special sikit kan huhu :p 

First, aku start kenal dia time sem 1 , 2012. Satu kolej. Berbeza course. Aku dip Accountancy and he's dip Logistic. And yesss he's my fasi . Senior. Jarak setahun jee umur tehee. Matang laa sikit kan . Wuwuuu daebak! :D  Ehhh tapi masa orientasi dulu tu takdelaa lagi nak ngorat2 sebab err freshy kan hehe. Malu malu lagi time tu . Baru jejak negeri orang dan2 pulak kena orientasi. Selekeh serabai wa memang jelas terselah time tu.

After sebulan, time tu baru laa nak kenal2 . Hwhw starting from twitter dan lama kelamaan sampai ke message sampai ke call sampai ke bulan bintang . Yahhh kita cerita ringkas-2 jelaa kan . Dipendekkan ceritanya, berlarutan laa sampai makin lama makin dekat makin lama makin rapat ! Hahah klise :D . Masing-2 ambil masa untuk memahami each other. Lama jugak tu nak ambil masanya. Hihi makin lama kenal makin suka makin sayang lama lama makin cinta makin cinta dan makin cinta ! Hihihihihihihihihihihihihi *gatals :P* 

Pada aku, bila kita dah start accept seseorang tu kita kena accept semuanya . Masing-2 ada kekurangan kelebihan. Dan dalam hubungan juga mesti ada pasang surut kan. Semuanya perlu diharungi dengan tabah dan sabarrrrrrr. :) 

Alhamdulillah we are still together until now. Semoga ada jodoh yang kuat diantara kita dan ada kebahagiaan dalam hubungan kita dan semoga berpanjangan usia kita. Pedulikan kata-kata orang yang nak tengok kita jatuh. Pedulikan orang-orang yang teringin nak tengok kita berpecah-belah. Pedulikan orang-orang yang tak patut kita pedulikan pun sebenarnya. Yang penting, keep calm and move on ! :)

.Terima Kasih Allah. 







“Ya Allah! Satukanlah kami sebagaimana telah Engkau satukan antara Adam dan Siti Hawa, dan sebagaimana telah Engkau satukan antara Yusuf dan Zulaikha, dan sebagaimana telah Engkau satukan antara Sayyidina Ali dan Fatimah az-Zahra, dan sebagaimana telah Engkau satukan antara Penghulu kami, nabi Muhammad, dan Khadijah al-Kubra serta Aisyah ar-Ridha”.


Thanks for reading. Doakan kebahagiaan kami dunia akhirat. InshaAllah. :)




June 17, 2013

HAPPY FATHER'S DAY
ENCIK ZULKURNAIN BIN ZAKARIA

Tiba masanya untuk Hari Bapa pulak. Okay to my Dad , terimakasih untuk segala-galanya. Pengorbanan ayah untuk ibu dan kami 3beradik amatlah besar . Sanggup bekerja keras untuk mencari sesuap nasi sanggup penat lelah semata-mata untuk memberi kesenangan kepada kami anak beranak. Ya Allah ,kau rahmatilah keluarga kami . Berilah kebahagiaan kepada kami. Lindungilah ayah dan ibu ku. Lindungilah keluarga kami dibawah keredhaanmu ya Allah. Amin. Terimakasih sekali lagi ayah. Without you we are nothing :) Terima kasih Allah .




May 22, 2013

Semester break is cominggggggggggg yeayyy 

Punya sabar menunggu bila nak cuti panjang nie hanya semata-mata nak topup tidur yang dirasakan sangat terhad masa Sem 2 nie. Hehe . Gila tak terhad mana dengan banyak homework sekali assigment sekali presentation . Fuh fuh terasa jugaklaa perit sikit bila dah bergelar mahasiswi nie . Penat mak tau .

Bila start first final exam haritu hati nie rasa dupdupdapdup perghhh kemain risau takut takboleh nak perform baik punya. Time tu hanya Allah jee yang tahu macam mana rasa . Aku bukannya sepandai-pandai orang melompat akhirnya dapat dekan jua. Oh tidak! Rasa kecik sangat diri aku nie berbanding dengan mereka2 yang bijaksana yang siap dapat dekan lagi tu. Ramai orang kata belum cuba belum tahu kan tapi aku taklah menaruh harapan sangat for be a dean's student . Cuma rasa teringin tu ada rasa jugaklah kan :) . Lagipun bila difikirkan balik sem nie agak menghampakan because of my last final paper sangat-sangat loos. Killer paper bak hang and that's a subject core for my course. Financial Accounting 2 . Ya Allah betapa aku jawab dalam terpaksa jee masa last day haritu. Rasa nak menangis pun ada. Haiyaaa .

So , for this sem aku tak mengharap pointer aku jatuh tapi serasanya laa memang akan jatuh pun :( 
Lagi-2 time tengah duk menunggu result bila keluar nie memang lah amat mengerikan . Menggigil berpeluh risau takut ada paper spoil and must be repeat next sem. Ya Allah mintak-2 lah semua baik baik saja dan semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya. AminYaRabbalAlamin :)

ENJOY YOUR HOLIDAY :D







May 11, 2013


HAPPY MOTHER'S DAY 
PUAN RAJIMAH BINTI ABDULLAH


Wahhhh today is Happy Mother's Day. Takdapat nak wish face to face dengan ibu. Sekadar mesej and call. Hm miss her already :') . Its okay dear. To My Ibu, Happy Mother's Day. Without you I'm nothing . Serious adik takboleh hidup tanpa ibu. Sebab ibu kekuatan adik And you are mybackbond :) Ya Allah peliharalah keluarga kami . Semoga bahagia aman dan sejahtera selamanya .InshaAllah Amin YaRabbalAlamin .





Mood : Final Exam 


Have a 2 killer paper to go. Ya Allah, I hope I can do it. Yes , trust myself and everything will be fine. Harapan for this final semester 2 nie aku boleh buat dengan baik dan terbaik. Wish me luck readers . 
Love :* :) 




February 16, 2013

Assalamualaikum wahai pembaca yang disayangi sekalian :)

Disebabkan rasa macam dah lama tak buat luahan hati dekat belog waa yang kurang comel ini ihiksss . Takda apa yang nak diluahkan pun sebenarnya tapi rasa macam nak luahkan jugak sikit . Eh tadi kata tak ada ? Ahaaaa ayat keling memang cenggini -..-

First , its all about "Jaga hati dan perasaan orang sekeliling" . Yknow what? Hmmmm . Susah nak describe sebenarnya sebab benda ini sendiri yang kena rasa yang kena alami . Memang jaga hati orang itu yang penting . Yang utama . Sebab kita taknak bagi orang rasa tak suka or benci dengan kita kan. For me , memang susah sebenarnya nak jaga hati sesama manusia nie . Takboleh silap sikit . Akan ada yang makan hati nanti . Dahtu macam mana ? Bila difikirkan balik , ada betulnya kita kena jaga hati orang nie and sometimes seseorang tu kena laa appreciate dengan apa yang kita buat kan . Always jaga hati dia tapi kita sendiri yang makan hati . Memang tak elok ada perasaaan sebegitu tapi apakan daya , kita hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan . Statement nie memang kalau boleh hari2 kita dengar dan kita tahu itu .

Sedarlah tak ada yang sempurna pun didunia nie . Masing-2 ada kelebihan dan kekurangan . Seorang hamba Allah yang lemah yang tidak berdaya . Kekadang kita sendiri pun nak jugak merasa macam mana orang lain jaga hati kita . Kekadang terkeluar jugaa keluhan2 yang menyebabkan kita down . Who care about me ? Only one ! My mom. She always care bout me . Really really cares . Sebenarnya penat tau tak , letih nak menjaga banyak hati orang nie . Bukan tak rela dan tak sanggup , tapi kita hanya mampu redha dengan apa yang terjadi . Semuanya mungkin sudah tertulis kan . Allah tahu apa yang terbaik untuk kita . Walaupun orang disekeliling sangat baik dan sentiasa ada dengan kita tapi nak menjaga hati mereka itu? Mampu ke aku? Sedangkan aku sendiri pun banyak melakukan kesilapan yang memakan hati sendiri . Who care about that? Who care ? No one ! Orang yang lebih suka menghukum .

Kekadang tu jugak aku rasa malu dengan diri sendiri . Sebab benda macam nie pun takboleh nak control . Terus down. Why wanie? Because u are not strong enough . Its fact!. Aku hanya mampu mengeluarkan air mata bila terjadinya perkara2 macam nie . Bila aku geram , airmata yang menemani . No chocolate no latte or what. Only tears . Idontknow why . Maybe sebab itu orang cakap aku lemah . Cepat sangat menyerah . Cepat sangat kalah. Hah aku takkisah dengan semua tu . Asal orang bahagia . Hati aku cuma aku jee yang tahu .

Kalau nak diikutkan , gurauan itu jugak kekadang boleh melukakan hati orang tanpa sedar . Kan? Exactly. Yeahh kekadang bila kita tersilap kata tersalah bicara . Akan adalaa yang makan hati tanpa kita sedar. Dan mungkin hal yang kecil akan menjadi besar bila kita sendiri yang tak pandai handle . See. Susah kan nak jaga hati orang nie ? . Senyum jeee yang kita mampu pun sebenarnyaa . Bila kita bersuara , bila kita bersuka ria , akan datang duka itu . Duka yang menyebabkan orang makan hati dengan kita ! . Bagi kita memanglaa itu semua gurauan semata-mata tapi penerimaan orang kita taktahu kan macam mana . Yesss kita tak tahu apa yang terpendam di dasar lubuk hati seseorang itu . Kita rasa seperti berdosanya kita buat orang macam tu . Tapi bila kita *tersentap* ada yang nak ambil tahu? Adakee ? Hmmmm beruntungnyaa awak2 ada yang memujuk . Me? Pujuk hati sendiri sudah memadai . Dah biasa dengan semua tuu . Nama pun nak jaga hati orang punya pasal kan . Sendiri laa makan hati . Ahaaa

So, the conclusion is we must care about ourself first. Hati orang ? Memang wajiblaa kena jaga kan ahaaa tapi hati kita juga . Biarlah orang lain tak ambil kisah sekalipun tapi diri kita sendiri mesti ada rasa tanggungjawab tu . No one care right ? Ihikssss bila datang tempat orang , belajar di negeri orang kena pandai2 laa bawak diri . Like me , masa sem 1 memang aku cakap aku adalah seorang yang takboleh nak keseorangan . Mesti kena berteman . Seperti my roomate . Bila aku duduk sesorang aku akan jadi mati kutu . Tahu tak apa itu ? Haha jadi blur taktahu nak buat apa . Geng pun takda nak ajak gosip kan . Itu sebab laa keluarnyaa statement "Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa ada disisi kita bila susah dan senang". xoxo :D






Tips : Macam mana nak hiburkan hati sendiri?

* Yeahh , first on your lappy or netbook or tab or what . Then , click to camera or video . And smile , cheers peaceee . Nampak agak kuno but for me , dengan cara ini dapat juga menghiburkan hati yang lara ini . Hehe memang aku agak lambat sikit update pasal bendalah bendatang nie . But its just funny . Lol . For me jelaaaaa okay for me :p Kalau ada yang rasa bosan laa buat benda nie sesorang , better korang ajak boyfie or member or geng sekepala ahaaaa mana tahu kita nie kan sekarang zaman Ite , zaman yang majuuu dengan teknologi kot2 boleh buat parody acanerrrrrrrrrrrr Ihikksss . Aku tak mampu lagi nak buat parody apa bagai tuuu . Just video untuk diri sendiri pun boleh bahhh . Just suka sukaa . For fun . Yessss thats can make me happy . Hati sendiri juga perlu hiburkan , rite :)


Ini video masa waa form 5. Gemokssss hihii







February 15, 2013

Me : 2013 . Student Diploma in Accountancy at KpmBandar Penawar , Johor . Sem 2 now . 
I'm still Selangor-ians . Keep love and smileeeeee :) 



February 14, 2013

Ke hadapan pembaca2 belog ku yang sudah berhabuk lagi berhabukkk nie . Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaa :)

Wahhhh ajet ajet semangat semacam jee nak update blog kali nie huehue . Tahu tak sekarang nie rasa berat jeeee kalau nak update belog bagai nie . Hehhe lebih kepada on twitter jee sebenarnya . Bajet busy sangat ecehhh memang cik wanie busy pun leeeee :P Assigment bersepah tapi still lagi cool . Bajet kan? Ahaaaaa ! Bukan apa , malas nak on lappy jeee sebenarnya . Kalau dulu kemain rajin bebenor laaaa, kalau boleh hari2 mau on ini lappy. Sekarang ? Harapannnnnnnnnnnnn~ haha

Sejak aku naik sem 2 nie , Alhamdulillah so far so good :) Semakin hari semakin bahagiaaaaaaaaa . Eceehhhh! Bak kata El aka roomate aku " wanie makin berseri-seri. Untunglaaa ada abang sayang disisi" . haha apa yang berserinya I dont know laaaaaa der . Dia yang kata okay huhu . Apa2 jelaaaaa weyh asalkan bahagia , gituu kan ihikssss .

Dan sem 2 nie jugak aku rasa macam nak hentak kepala dekat dinding kuat kuat sebab...sebab....sebab susah! . Bak kata pepatah "susah-2 dahulu , senang-2 kemudian". Yeahhh I admit! Tapi kenapa entah aku rasa macam takboleh nak bawak jeeeee subjek2 nie . Subhanallah wanie! Yee aku memang malas kalau bab-2 nak buat nota or salin nota nie . Tapi kalau exercise ke apaa memang wajib laa kena buat kan . Itu pun kena paksa diri nie .Kalau tak memang harapan nak bergerak duduk kat meja belajar even disisi katil jeee pun. Bila dah masuk bulan 2 nie , still lagi tak sedar2 diri final exam nak dekat dah . Bulan 4 ahh maybe . Dengan assigment bersusun berduyun-duyun bak hanggg!

Now , aku perlu merajinkan diri dengan mengadap buku-2 economic , fin. accounting 2 , statistics and management yang aku rasa sangat-2 mencabar . Sudahlaaa banyak teori pulak . Menghafal? Wajib ! Thats why laaa kena merajinkan diri yang sedia malas nie. Lagi satu , waa kena maintain result waa. Alhamdulillah sem 1 result aku agak bagusss juga hihi Alhamdulillah syukur berkat usaha dan tawakal walaupun takdapat masuk dalam senarai dekan tapi syukur jugaa . Jadi ,  aku kena kuatkan hati , kuatkan semangat . Dan yang penting , dont play play! Hehe peringatan nie lebih kepada diri sendiri jeee sebenarnyaa :p Ibu pun always cakap begitu juga sebenarnyaaa :)




Biarlah orang lain nak kata apa , asalkan kita percaya dan yakin dengan diri sendiri . Itu yang utama sebenarnyaa. Nak mengharap dekat orang pun sekarang nie takboleh jugak . Semua kena pandai-2 sendiri . Kena pandai tanggung hidup sendiri . InshaAllah , selagi orang2 tersayang disisi kau boleh kuat Wanie ! Mesti boleh punya . Dont forget , Allah is always your side :)

December 12, 2012

Assalamualaikum wahai pembaca yang disayangi dan dirindui selalu Hihii

K dah lama tak update blog , tak buat entry baru and tak create cerita2 baru lagi merapu Hehe :D Before this memang busy sampai tertangguh2 nak update cerita baru huhu but now saya dah cuti sem Yuheeeee sekejap jee kan . Hmmm pejam celik pejam pejam celik dah satu sem. Alhamdulillah bersyukur sangat sepanjang satu sem nothing happen to me hihi dah ada orang disisi yang menjaga :p Wahhh kelassss kau ! Macam2 berlaku sepanjang satu sem nie . And whoooaaa tak update pun pasal birthday aku 2 bulan yang lalu . Huehuee sungguh masa tidak mengizinkan . Setakat tweet2 tu okaylaa lagi boleh diterima :p Huehue okay okay sabar yeee nak masuk story dah laa nie heee :D


01102012 - This date memang sangat2 bermakna bagi aku . Wahhh rasa teruja dan excited sebab ada yang sudi buatkan suprise party untuk aku . Hehee takdaalaa party mana . Kecil-kecilan but nice. Thanks a lot my beloved roomate and Mr. R sebab sudi buat surprise yang sangat mengejut dan tak tersangka nie . Memang menangis sekajap laaaa kan huehueee .Cik Awanizaa nie pun ada tu pun datang lambat ! Nak tunggu aku nangis-2 duluu baru nak join yee huhu . K thankss sangat2 . Really appreciate :) And taklupa jugak pada semua2 yang wish samada dekat twitter or fb terimakasih sesangat huhu . Love uollss ketat-2. :DD

Hadiah Kitkat . Thankss mybig bossss and her roomate :)
Sejak aku duduk dekat Johor nie , Alhamdulillah dapat roomate yang baik-2 belakoooo , classmate yang okay2 , kawan2 satu batch yang dari berlainan negeri semua ada and dapat pujaan hati jugaaa :p Wah wahhh huehuee taksangkaa tau . Baru sem 1 dah kena ngorat . Senior aka abang fasi lagi . Aduhh duh duhhh bisa menggegar jiwaa :p haha first-2 tuu memang ke-angau-an ke-sekejap-an jugak laaaa . Tak sangkaa tau . Beriyaa jee before masuk kpm tanam azam taknak cari lagi laaa blablablaaa and cakap jee lebih kan kan aku nie tengok2 dah ada yang berkenan . Kehkehh inshaAllah jodoh kot :) Alhamdulillah dapat yang lebih baik dan berhargaaa . Cc Mr. R <3 hehe="hehe" p="p">

Yeahhh baru sahaja lepas final exam . Eh bukan baru lagi dah nak sebulan kot Huhu ^^ . Sekejap kan kan ! 6 bulan jee pun. Bila dekat Johor terasa sekejap tapi bila di Puchong terasa lama gituuu xD Now lagi menunggu result kpm keluar. Omg omg omg !! Memang takut ahh k result memang sangat mengerikan bagi aku. Bagi aku jelaaa kan Hihi . Mintak2 semoga dipermudahkan segala urusan dapat keputusan yang membanggakan dan tidak menghampakan . Sungguh risau , takut dan segala adikberadik dia semua adaaa . Ya Allah -.- k akan aku cuba untuk menghilangkan segala rasa gemuruh yang ada Hehehe :D I'm okay i'm okay ! 

Stop sini dulu yeee , nanti kalau aku rajin aku sambung entry seterusnyaa . Harhar k gurau senda :) 




NotaKaki : Ada masa story pasal si pujaan hati pulak :p K k night everybody :D



September 24, 2012

Tenenenettt . Assalamualaikum uolss xD




We are KPMBP Students  :)

Location : Tanjung Pengelih , Pengerang , Johor .

September 13, 2012

Video nie aku buat seminggu sebelum aku demam . Hehe time2 nie memang dah ada ura2 nak demam pun tapi disebabkan tunggu roomate2 tgh bersiap nak pergi breakfast time tu laaa godek2 lappy kesayangan nie dan tiba2 muncul idea nak buat video . Dan video nie khas untuk si dia dan awak semuaaaaaaa :)


UNTUK DIA _ NAJWA LATIF COVER

September 2, 2012

Ehemm tumpang masuk , Assalamualaikum :D Hehe apa kabaren semuaa ? Soo sory lama tak hupdate ini belog . Fuhhh masa terasa pax sangat awak tahu tak . Hurm hurmmm nak ber-fb pun tak sempat . Tapiii kalau ber-twitter always sempattt . Haha :P

2 minggu dah pun berlalu tapi still sempat lagi kan nak wish raya kat korang semua .



 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBACA BLOG SAYA INI :) AMPUN MAAF DIPINTA DARI PENULIS DAN PEMILIK BLOG INI JIKA ADA TERKASAR BAHASA ATAU TERTULIS PERKATAAN YANG TAK SEPATUTNYA , MAAFKANLAH SAYA YA ^^ SMILE :)


 Hehe okay aku memang suka wish bila dah lebih seminggu raya . Before nie jangan cakap laa , belum habis puasa lagi dah send mesej raya maafkan saya itu ini hehe okay aku tak kisah pun semua tu sebenarnya . Yang mana sempat aku reply laa mesej tu or yang tak ter-reply sooo sorry okay  :D .

Now aku dah kembali ke perantauan , ecehhh :P haha Johor leee awaknya . Rasa macam sekejap sangat jeee aku duduk kat Puchong tu . Hee nak duduk lama2 laaa tapi takboleh ): Okay jangan nak bersedih sangattt laaa -.-' maybe sebab family aku banyak menghabiskan masa dekat kampung kan tu yang rasa time macam paxed giler ahh . Buat itu ini rasa sekejap jeeee . Bila beraya di kampung , hurm tahun nie macam kurang meriah . Lorh bukan 'macam' tapi memang dah tak berapa nak meriahh lagi . Eh hehe . Sebab ? Satunya abang aku tak balik , now dia praktikal kat Labuan . Okay memang rasa macam tak best ah . Sebab tak cukup satu orang dalam Zulkurnain's family :) Lagi ? Semua macam biasa jee macam raya tahun2 lepas jugak kot . Cumanya raya nie aku takbanyak telan macam2 . Haha . Mungkin sebab dah biasa kot kat Johor makan tak berapa banyak so bila balik Puchong and Kedah bila masuk jee makanan jadi terasa perut cepat kenyang . Huh ! Berat aku sudah turun . Bila dekat kampung ramai yang tegur Wanie dah kurus lah , Wanie dah kurus , Wanie dah kurus sampaikan aku sendiri terpikir apa dulu2 aku nie gemuk sangat ke sampai semua pakat tegur kurus kurus nie , hey hey! Boleh stress pulak aku cenggini : | Now acanoo nie ? Ibu suruh naikkan balik berat badan aku sebab kalau tak nanti aku senang dapat demam or selsema batuk dan yang serapat dengannya . Huehue memang pun ada ura-2 nak demam before balik Puchong haritu tapi tahan jeee laa . Time puasa kan . Nak buat macam mana , haruslah kene banyak belajar bersabar bersabar bersabar .

Dan2 pulak dah seminggu di Kedah , maka haruslah balik Puchong kembali . Heheh tak menyempat balik sampai jee rumah tolong ibu kemas2 baju sikit basuh baju apa semua kemas rumah lagi then terus siap2 pergi beraya di rumah Aisyah Rostam . Dia masak spagheti , hurm macam biasa bila dah jadi kegemaran disunatkan menambah 2 mangkuk spagheti ituu . Haha dan2 lagi pulak time perut aku tengah berjoget dendang sayang , kelaparan nak makann :D Paling best sekali bila dapat berkumpul balik dengan geng Sengal's dan budak2 kelas . Hueee memang meriah , masing2 pakat cerita pasal U Kolej Matrik masing2 . Hohoo masing2 tak berubah termasuk aku :P Hahha macam yang Fikri cakap "kau nie wanie takpernah berubah" . Hahhaa .  Aku takkan pernah berubah sehingga aku sah jadi isteri orang , tahu ? *mukagarang.jpg*



Zulkurnain's family tak lengkap raya tahun nie tanpa abang tersayang disisi . We misss youuuuuuuu <3 p="p">




We are happy family . Hehehe :D






notakaki :  Bila saya sudah berada di Kpm maka seharusnya saya menumpukan perhatian pada pelajaran dan hanya mampu memendam rindu dekat Puchong :') Wassalam .  


July 28, 2012

July 26, 2012


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hehe setelah sekian lama tidak meng-hupdate belog dan belogg ini sangat2 laa berhabuk dan berhabuk . Tak sempat nak sembur febreeze lagi . Huehue . Salam kepada pembaca belog saya yang tak seberapa nak cantik dan menarik ini . Hihi cukuplaa hanya untuk tatapan anda yang bosan2 stress or yang penat baru balik dari sekolah atau kuliah tu . Eh kuliah ? Wootwoot ,I'm in Johor now . Bandar Penawar tempat tersorok terceruk dan segala ter lagi :D 

Nak story pasal aku dekat sini , hehe notbad laa  . Okay okay laa *buatmukakerek* even first time datang sini kan . Kosong weyh , kosong . Serious aku tak tahu menahu pun pasal tempat nie dan aku takpernah terfikir akan datang kat tempat nie . Memanglaa pepatah ada berkata ilmu dikejar biar sampai ke negara china tapi aku nie haa sampai kee Johor . Kesah tak kesah pulak laa sebelum pergi memang macam2 aku fikir , macam mana dengan parents aku nanti , life aku kat sana , budak2 baru and senior agak okay ke tak okay boleh masuk air ke apee and banyak lagi sebenarnyaa . Mula-2 tu memang aku menangis jugaklaaa mengenangkan rasa diri yang sememangnya taknak pergi . Memang taknak pergi ! Takut aku takboleh nak hidup kat tempat tu nanti . Aku nie dahlaa lemah semangat semacam , jantung pulak asyik nak dupdapdupdap je keje . Tapi bila fikir-2 balik sampai taktidur malam , akhirnya aku decide cuba jelaa . Sebab Awan pun sekali masuk sama tempat dengan aku .Mana tau apa yg kita fikir itu hanya mainan semata-mata . hehe.

And alhamdulillah berkat doa dan kesabaran serta pujukan rayuan dari parents aku akhirnya jejak jugak aku di KPM Johor nie . Hehe mula2 rasa gementar gelisah resah dan segala adik beradik bersekutu dengannya nie haa aku rasa . Aku nie pun haa dah laa jenis yang susah nak tidur malam lagi2 after 12 lebih . Memang mata aku akan buat aksi degil nie , terkebil2 pandang siling pandang fon pandang kiri kanan taknak lelap . Degil kan ? Ish ish ishhh . Hari pertama jugaa aku dah buat aksi sedih rindu rumah . Perghh terukkan homesick aku ? yelaaa sebab aku dahlaa tak pernah jauh2 dari ibu . Anak mak laaa katakan :p Hihi berkat weyh hingga ke syurga . After tu terus orientasi . Okay okay laaa happening2 pun boleh laa layan jugakk . Seminggu tu terasa macam setahun setengah . Kenapa ? Kalau salah sikit jee mesti kene denda laa . Yang laki kene bawak hanger sangkut kat tali leher , yang perempuan bawak pencuci muka . Perghhh gua cakap memang malu laa shiaa . Yang paling takboleh lupaa kene bawak bantal tidur kehulur kehilir . Bantal tu dah jadi peneman setia dah sebab everytime everyday kene bawak bantal sampai last day orientasi baru tak payah bawak dah . hehehe :D

Kepenatan terasa sangat dengan tak cukup tidurnyaa dan dan tu jugak after habis orientasi masing2 dah lena dibuai mimpi indah . heeee kemain xD Then start jugaa laa first kuliah . Terasa excited bahh hari pertama masuk kuliah . Baru terasa menjadi Siswi :p Takboleh nak masuk lambat2 , semua kena sharp jee . Apa boleh buat ? Hurmm huehueee . Tapi apa2 pun best jugaa kat sini dapat roomate yg otak sekepala , gila2 suka menari bersama . Hahaha Alhamdulillah :)  



1st - budak2 group Shin Chan bersama abang akak fasi :) , Scnd - With my lovely friend Awaniza Ismail :D , and 3rd - my roomate yang gila-2 dan masuk air . Hehehhe . Saat berada di Johor dah terasa sangat rindukan Puchong . Sabarlah wahai hati :)




Notakaki : Out. Night . Wassalam :)


June 14, 2012

Ke hadapan pembaca-2 belog ku sekalian , hihi . Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Tak jawab dosa tau xD Kalau jawab sayang :) 


Baju pink pink . Okay ini baju uniform kerja aku laa . GMV Marketing . Mesti korang takpernah terdengar brand nie kan . Haa yelaa memang sama macam aku first-2 dulu masuk pun taktahu dan tak pernah nak ambil tahu pasal nama brand nie . Yelaa sebab kita tak pernah dengar kan dan dan time tu jugak baru tahu . Ingat kan dia jual baju apaa , rupanya baju orang dewasa . OMG OMG ! Hehe . Dah tu pulak dapat masuk kerja kat brand nie dan aku rasa dah sebati dengan brand nie so aku rasa agak malas nak cari brand lain jika ditakdirkan GMV Marketing nie dah takde fair lagi . Huhu ayat nak sedih jeeee :p . 

Ditakdirkan jugaa harinie keluar result upu rayuan dan sekali lagi aku masih tidak berjaya . Nak buat macam mana masih takda rezeki lagi nak sambung belajar . Okay senang cerita memang aku nak tunggu second intake jee . InsyaAllah berkat kesabaran dan doa banyak-2 semoga dipermudahkan segala urusan :) .Disamping itu juga , jutaan Tahniah diucapkan kepada satu-2nya abang aku yang telah berjaya mendapat tempat yang diidam-2 kan selama ini untuk buat praktikal iaitu di Labuan . Hurmmm , murahnya rezeki kau bang . Sukalaa tu akhirnyaa kau dapat jugak apa yang kau nak . Adik ? Sabar , sabar , dan terusss bersabarrrrr ~

Tapi takpee , yang penting kerja dulu cari duit then kumpul . Sebab aku tengok kebanyakan member-2 aku yang masuk U or Matrik nie semua nak kena keluar duit banyak pulak tuu . Nak beli barang keperluan lagi , nak bayar itu ini lagi . Hurmmm semua kene duit , duit ,duit .. Bila dapat pinjaman PTPTN or MARA tu yang sedapp tuu hihi . Tapi haa kau kecik-2 dah pandai berhutang , dengan negara pulak tuu ! Demi pelajaran , berhutang pun berhutang laaa , janji lepas nie kene bayorr jugak . Haa tang bayar tu laa nanti sakit doe . Banyak pulak kene yg berpuluh-puluh ribu . Mana nak kaut duit ? Hehe InsyaAllah segala usaha pasti akan membuahkan hasilnya . Just wait and see and learn . 




Smile , smile , smile ... Cheesee :D Hehe okay ini hanya gambaran semata-mata :p Geng-2 promoter yang masih wujud lagi di Aeon dan setia berkhidmat dibawah bumbung Aeon . Erk ? Setia ke :p Haha okay nak kata setia ? Hurmm biasa jee kot sebab satu jee . Nak cari rezeki yakni duit . Selagi takdapat tawaran mana-2 selagi tu kita perlu bekerja keras untuk bantu family . Dan dengan bekerja nie jugaa buat kita rasa takbosan duduk dirumah sepanjang hari tetapi haa akan rasa rindu rumah bila bekerja satu hari suntuk . Pusing kiri kanan depan belakang atas bawah asyik nampak muka sama jee . Hahaa tapi takpe , best jugak sebab ada geng borak-2 sembang-2 sambil gosip-2 . Wuuu~~ tapi terasa jugaaa nak fair yang duluuuuu yang ada kawan-2 yang sporting yanng gila-2 yang masuk air yang macam-2 yang lagi laa .Hihi . Tapi sekarang semua tu hanya tinggal kenangan jee . Semua dah pergi sambung belajar kat jauh-2 .Rindunyaa kat korang semuaaa . Kini tinggal laa hanya muka-2 kami jeee yang masih lagi berkhidmat mencari rezeki dibawah bumbung Aeon . Nak buat macam mana . sudah rezeki masing-2 . Yang penting , kena banyakkan bersabar , redha dan ikhlas dengan setiap apa yang kita lakukan . Okay . Goodnight . Assalamualaikum :)








NotaKaki : Harinie antara hari yang memalukan bagi aku . Dah , jangan tanya aku kenapa . Biar aku simpan sendiri dalam hati :p hehhe byebyee .
Blog Ini kepunyaan pemilik nama Hazwanie Zulkurnain .DOnt copy cat k !